Sunday, March 3, 2013

1 STEP 2 U - OSTU

..assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


Haaa... nampak tak gambar kat atas nih??
ni gambar program yang namia telah sertai.
seronok sangat2 tau program ni.
*kalau rajin, cari lah yang mana 1 namia. 

walaupun pada awalnya, biasalahkan,
mana ada program or projek yang tak ada halangan or rintangan kan.
but, atas usaha semua AJK dan juga penyelia yang terlibat,
akhirnya masalah yang dialami, dapat juga diatasi.

pada mulanya, namia bukan salah satu AJK tuk program ni pon.
but one night, dapat panggilan daripada member yang menjadi AJK program ni.

nak tau apa yang dia cakap???
"Namia, leh tak turun sekarang? jadi bendahari tuk program C.U.D.I.P.T"

*C.U.D.I.P.T adalah nama asal tuk program OSTU ni hah.. :D

so, namia dengan selamba nya membalas :
"OK, boleh juga. lagipun kita dak dapat mana sangat projek kolej nih."

mula-mula kuar result tuk jadi AJK program ni, namia sedih juga lah
sebab banyak kot program yang namia apply tp namia  tak dapat. 
so, agak menduka citakan lah bak kata orang.

so disitulah perjalanan namia as one part of OSTU team.
jadi bendahari yang paling garang.
setiap kali meeting, mesti cakap pasal duit.
yelah, tak kan nak cakap pasal makanan lak. tak de kaitan kan. HOHO

so, dalam tempoh perjalanan program ni,
banyak lah masalahnya,
antaranya adalah :

1. BILIK
.. kita orang buat program ini time cuti sem 1. minggu last. (15/2-17/2). so, bertembung dengan pelajar-pelajar yang nak register masuk bilik masing-masing pada 17/2. tapi yang sengal nya, pihak pejabat lah macam tak boleh nak memahami masalah kita orang. dia orang nak juga pelajar yang involve dengan program ni kuar before pukul 9. terpaksalah kita orang rombak balik jadual tuk hari ahad tuh. terpaksa bawa aktiviti explorace kepada hari sabtu petang. memang kelam kabut lah jadinya. tapi nasib baiklah yang AJK OSTU ni semuanya jenis flexible. so, masalah dapat diatasi dengan senang dan cepat...

2. MAKANAN
... pada awalnya, projek kami ni MEMANG tak cukup duit. banyak perkara kena CUT. almaklumlah, nak save bajt punya pasal. barang LDK banyak kena potong and last-last mostly guna barang recycle. then tuk makanan sepanjang tempoh program pun ada juga yang kena CUT. makan petang and minum malam. terpaksa buang sebab tak cukup bajet. last last daripada bajet makanan yang asal dalam RM3500, cut sampai jadi RM2249 je. tu pun jenuh nak buang makanan mana yang tak perlu. tapi, nasib baik lah, program kita orang dapat sponsor 100 bungkus kek dan 100 roti. WAH! memang heaven gila kot time dapat tau dapat sponsor. tapi, yang geramnya, orang pejabat sesuka sesedap rasa dia je nak ambik roti tuh 5 bungkus. tension kot kita orang time tu. dah la 100 bungkus tuh cukup-cukup je tuk bilangan peserta anda cikgu. memang geram. dah la banyak bawa masalah, pastu, suka-suka dia je nak ambik hak orang lain. ada lebih sikit je, so kami yang AJK terpaksa lah share 1 bungkus roti tu kepada 3-4 orang. T_T ...

3. DUIT
... as namia mention dekat part makanan tadi, projek namia ni memang tak cukup duit. tapi mungkin nasib menyebelahi kami, nak dekat program berlangsung, kami dapat banyak sponsor daripada yang dermawan. nak dekat RM 1000.00 juga lah. so, dapat lah support mana-mana part yang tak dapat nak dibereskan. dan alhamdulillah, projek OSTU ni, tak DEFICIT. tenang je rasa bila program tak ada hutang. :D

so, ni lah antara masalah yang program OSTU alami. 
nasib baiklah kami dapat banyak support dari luar tuk bahagian kewangan. 

before program ni belangsung, namia kena balik awal seminggu.
9/2 dah kena balik.
so tahun ni punya raya cina, 
namia tak dapat lah nak sambut bersama-sama family
*bajet pernah sambut je kan

balik awal sebab nak settle kan hal-hal seperti fail, baju, program dan sebagai.
memang seronok sangat-sangat..
masa nilah namia baru kenal siapa kawan-kawan namia yang sebenarnya.
I know their true colours.

dalam tempoh perkampungan ni juga lah ,
namia banyak mempelajari permainan baru seperti :
1. Captain Ball
2. Kambing dan Musang

both game best dan menarik bagi namia. 
sebabnya :
1. permainan ini jugalah yang merapatkan kami semua sebagai AJK
2. permainan ini juga lah yang menilai sejauh mana kami boleh berkomunikasi untuk mempengaruhi orang lain.

sepanjang tempoh perkampungan ni juga, kami melalui apa yang bakal peserta kami lalui.
antara LDK yang kami main adalah :

1. KOMUNIKASI :
.. tuk LDK ni group namia MENANG!! bangga jap.  ahahha. dalam slot ni juga lah kami bermain game UDA & DARA. game ni more tu, macam mana kami judge kehidupan orang lain. tapi yang syoknya, bila 3 kumpulan menentang 1, ahahha. 
'YANG PALING BERSALAH ADALAH PENDEKAR TUA'
ya, group namia pilih pendekar tua. HOHO ..

- kalau nak baca the whole text pasal UDA & DARA, boleh la baca kat sini -

2. STAF SYARIKAT
.. tuk LDK yang ni, group namia MENANG JUGAK! ahahha. dalam slot ini, dia lebih melihat bagaimana tahap assumption seseorang. sebab, kalau kita terlalu percaya dengan assumption kita tanpa mengambil kira pasal opinion orang lain, BAHAYA. so, dalam game ni, itu yang penting. ASSUMPTION ..

3. SAHAM SYARIKAT
.. tuk game saham syarikat ni pula adalah untuk menilai sejauh mana tahap kejujuran dan kepintaran setiap kumpulan dalam mendapatkan keuntungan syarikat. kumpulan namia dapat keuntungan hanya RM 100. tapi, disebabkan hanya group namia yang mempunyai nilai positif, dia orang semua kata yang group namia khianat perjanjian yang telah dilakukan. padahal tak pun. sedih tau. kumpulan kami pun ada masa yang mengalami deficit sebanyak - RM7000 tau. tapi, bila part perjanjian, kami tunaikan. dah habis part perjanjian, pandai-pandai lah pilih nak undi X ke Y. tapi namia tak salahkan dia orang sebab namia tau, INI HANYA PERMAINAN. chill sudah. :D

ada tujuan kenapa kami main semua LDK ni. 
ni kerana senang nanti bila aktiviti-aktiviti ini berlangsung.
kami, sebagai fasilitator, at least da tau selok belok permainan.
so, senang nak 'cucuk' kumpulan-kumpulan pelajar.
ahahha. jahatkan?

15/2 - 17/2
so, bermulah perjalanan namia sepanjang 3 hari

15/ 2 (JUMAAT) :
namia tadi mc tuk majlis pembukaan.
tenion punya pasal tunggu budak Perak tu tak sampai-sampai 
sampaikan dah drag banyak gila masa.

bila sampai masanya,
boleh pula namia tersalah sebut nama bendahari kolej.
adoyai. tapi nasib baik lah En. Faiz (penyelia program) tak marah.
HOHO
dia understood kot namia dah penat menanti budak-budak tuh. 
KIHKIH

nothing much special pasal program ni tuk hari jumaat.

JUST, malam tu, (pagi sebenarnya)
namia dan lagi 3 orang AJK kena stay up tuk menjadi JAGA.
in case lah kot-kot budak-budak tu merayau.
teman-teman namia yang nak kena berjaga dari pukul 3.00-5.00 padalah :
1. Kak SITI FATIMAH
2. Pak Cik AFIF
3. Ketua Disiplin FAUZI
*walaupun dia orang tak baca blog ni saja je namia nak mention nama dia orang. ahahha :D

OH YA! namia lupa nak cakap yang bilangan peserta adalah sebanyak 70 orang daripada SMK Seri Perak.
ramaikan? :D

so, kesimpulannya, hari jumaat tu, namia tidur sejam je. 
dari pukul 2.00 - 3.00 pagi sahaja.
sebab?
sebabnya, meeting post moterm habis lambat. 

16/2 (SABTU) :
akibat tak cukup tido, sepanjang hari sabtu, namia tersengguk-sengguk
dah gaya macam burung belatuk pun ada gaya.
ahahha. 

time pergi lawatan ke fakulti sains, namia and a few person yang kena stay up,
kita orang pergi tidur berjemaah dekat surau sains. ahhaha
selambe kau!


tapi tidur kejap sangat dekat 45 minit je.
so, bila bangun, sambung tidur lagi kat dewan sastera. kihkih.
nasib baik lah budak-budak tu kusyuk mendengar ceramah yang di beri.
*maafkan saya ya tuan. :D

pada sebelah petang, kami buat explorace. 
walaupun hanya 2 jam.
itu pun plus minus,
kami berjaya menamatkan explorace ini.

namia punya station adalah KASUT TERBANG.
cara permainan :
1. baling kasut sehingga tahap yang hikehendaki.
2. ambil kasut anda.
3. ulang langkah 1-2 sehingga masa tamat.

memang kelakar lah tengok budak-budak ni mencuba sedaya upaya diaorang tuk melempasi tahap yang dikehendaki.
namia jahat time ni, berdiri kat atas tangga gaya ibu tiri.
KIHKIH

namia jaga station ni bersama-sama :
1. Fasi AFIF
2. Fasi Syazana

sebelah malam, ada LDK UDA & DARA.
time ni lah yang seronoknya, 
kami yang fassi-fasi ni,
menyucuk jarum.

"Awak yakin ke pendekar tua yang bersalah? kenapa tidak juragan?"
"Uda yang PALING bersalah. dia tak pertahankan cinta dia."
" BLA BLA"

kami saja je nak meracuni pemikiran dia orang.
nak tengok macam mana dia orang mempertahankan kepercayaan dia orang.
HOHO.

kesimpulannya :
LDK ini tercapai matlamatnya.

the end tuk hari sabtu.

17/2 (AHAD) :
hari ni adalah hari terakhir tuk program OSTU ni.
sedih tau

tapi, kami sebagai fasilitator,
cuba memberikan khidmat nasihat dan bantuan sebaik yang mungkin.

pagi-pagi lagi, kami buat sukaneka.
namia jaga kat station jalan batu bata.

cara permainan :
1. berdiri diatas batu bata yang telah disusun.
2. alihkan 1 batu kehadapan.
3. bergerak ke hadapan.
4. ulang langkah 1-3 sehingga sampai ke destinasi yang ingin dituju,

nampak macam senang kan?
tapi namia tension punya pasal
sebab budak-budak tu pergi baling batu tu sampai pecah

last-last, batu 2 semua terbelah 2.
kecil lah jadi batu tu.

akibatnya :
TIDAK STABIL !

ahahha.

tengah hari, dah majlis penutup. 
time ni dah rasa dah sedihnya.
da habis dah pun program.

time lagu tema dimainkan ( GEMURUH )
semua peserta dan fasi semangat melakukan tariannya.
tak ada lah tarian yang ganas-ganas macam dandut tuh.
hanya sedikit gerak geri tangan dan kaki.

pastu, kami buhbye lah kat budak-budak tuh.
huk huk
dah habis OSTU 

sebelah malam pula, buat post moterm yang terakhir.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TAPI ...........

KAMI ADA OSTU FASA 2 !!!!!
TAK SABAR NYA !!!!
NANTIKANNYA !!!! 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

P/S :
namia punya cerita ni tak sedetail kawan namia. dia tulis memang betul-betul macam diari. kalo nak tau lebih detail, boleh la pergi ke blog FATIN NUR NADIA
fatin a.k.a yaya ni cerita dari macam mana dia boleh terpilih sampai lah macam mana program ini habis.
TAPI .....
dia masih dalam karyanya tau. just wait and wait.




SEBELUM ITU
ini ada sedikit kudap-kudap tuk korang

yo, decide decide. X ke Y

bosan ya dik ^_^

amboih, GUMBIRANYA = D

haaaa. apada~~

BETENDANG .. ehh BERTENANG. ^_^

.. lalalla..

bagus la budak2 ni. duduk pun sebaris

ku petik bintang~~

tarik, jangan tak tarik. =D

...SEKIAN...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...