Saturday, January 12, 2013

andai ini takdirnya

..salam..

dikala malam yang hening,
dimana semua manusia sedang lena dibuai mimpi lena,
hatiku terdetik dengan pelbagai rasa,

ada duka,
ada juga gembiranya,

tidak ku pasti kenapa dan mengapa hatiku begini,
sedangkan sepatutnya aku kini sudah berada di alam fantasi,

mengenangkan dimana bumi tempat aku belajar,
menjadikan aku dalam kesedihan malam ini,

bukan aku tidak reti bersyukur,
cuma ada kalanya,
fikiran aku memikirkan,
'alangkah indahnya jika nasib ku seperti mereka',

biarlah,
biar hanya aku yang mengerti,
maksud disebalik omongan kosong ku ini,

dan disaat ini juga,
aku gembira,

aku gembira kerana aku mampu untuk meneruskan perjuangan ku,
menyambung pelajaran ke menara gading,
pemikiran sebeginilah yang menenangkan aku,
dikala aku dalam 'situasi menyedihkan',

aku berharap,
apa yang aku impikan,
apa yang aku inginkan,
apa yang aku idamkan,
satu dari nanti,
akan aku perolehi,
dengan izin-NYA.

-hanya luahan hati & perasaan seorang gadis yang sudah beku dengan teori matematik-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...